Pages

Sunday, September 3, 2017

Perjumpaan Keluarga Al Jambuli Kali Ke 25 (Jubli Perak)


 Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi, wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallim.

AlhamduliLlah, Perjumpaan Keluarga al Jambuli berjaya di adakan dengan kehadiran ahli keluarga al Jambuli bukan sahaja dari Pasir Mas, malah ada juga dari Lenggong, Perak.
Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis yang juga Setiausaha Himpunan Keluarga al Jambuli, Sdra Wan Izwan Shah. 



Seterusnya Sdra. Md Sidek (anak Che Mah) mengetuai bacaan tahlil dan doa yang di aminkan oleh keluarga al Jambuli yang hadir.



Acara diteruskan dengan ceramah motivasi oleh pakar motivasi kita, Tn Hj Khairul Anwar (anak Hj Khairuddin). Diselang selikan dengan jenaka Tn Hj Khairul Anwar memberikan resepi untuk cemerlang bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan serta tips untuk ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Khairul Anwar di atas ceramah motivasi beliau yang cukup bermunafaat semoga Tn Hj Khairul Anwar akan terus berkongsi ceramah beliau pada masa yang akan datang.



Pn Romina (isteri kpd Sdra Huzailing - anak Pak Cik Hussin) seterusnya sudi berkongsi maklumat berkenaan dengan Kolej Vokasional - kelayakan kemasukan, kursus-kursus yang ditawarkan serta cara-cara kemasukan. Jutaan terima kasih atas perkongsiaan info yang berguna terutama sekali kepada yang pelajar-pelajar yang bakal menduduki PT3.
(maaf - tiada photo untuk dipaparkan) 

Bagi meraikan anak-anak keluarga al Jambuli yang juga pelajar-pelajar, Drs Hazamil (anak cikgu Harun, Tal 7) menaja dan menyampaikan cenderahati kepada semua anak-anak & pelajar-pelajar berupa set lengkap alat tulis. AlhamduliLlah dan jutaan terima kasih kepada Drs Hazamil.



(maaf - tiada gambar diambil semasa penyampaian cenderahati / Drs Hazamil berbaju batik merah berdiri paling kiri)

Majlis diteruskan dengan tazkirah oleh Sdra. Zulkifli suami kepada Yusriati (anak Ayah Soh). Tazkirah beliau yang penuh semangat di amati dengan tekun oleh semua ahli keluarga yang hadir. Semoga isi kandung tazkirah beliau dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita semua. AlhamduliLlah dan jutaan terima kasih buat Sdra Zulkifli semoga Allah SWT memberi ganjaran kebaikan atas usaha dakwah beliau.



Seperti tradisi, giliran ceramah kesihatan pula menampilkan Dr Hjh Nazeli Hamzah (anak Hjh Che Mah) memberi tips penjagaan kesihatan supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga.
(maaf - tiada photo untuk dipaparkan)

Acara diteruskan dengan sessi cabutan bertuah - pelbagai hadiah dibawa oleh setiap ahli keluarga kebanyakan adalah barangan keperluan dapur dari sekecil-kecil 1kg gula hinggalah 10kg beras.
Lebih kurang 40 hadiah dimenangi oleh ahli keluarga al Jambuli yang bertuah.
(maaf - tiada photo untuk dipaparkan)

Kemuncak aturcara adalah mesyuarat agung tahunan keluarga al Jambuli dan berikut adalah keputusan mesyuarat :

1. Perlantikan Presiden baru : Sdra Wan Safuan (anak Hjh Wan Safiah)
2. Perlantikan semula Bendahari : Sdra Huzailing (anak Hj Che Hussin)
3. Perlantikan semula Setiausaha : Sdra Wan Izwan Shah (anak Hj Muhd Isa)

Bendahari mengumumkan jumlah tabung al Jambuli terkumpul RM1,600 tidak termasuk kutipan hari ini. 

Keluarga Pasir Puteh, Kak Ma - Wan Salma (anak Hjh Wan Safiah) secara sukarela mahu menjadi tuanrumah bagi Perjumpaan Keluarga tahun hadapan. InsyaAllah.

Tiada perkara berbangkit / usul yang dibincangkan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tghari kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sebagai penutup, Tn Hj Ismail (anak Hjh Che Som) membaca doa selamat / doa penutup majlis.

Acara bergambar dan majlis jamuan makan tengahari di penghujung perjumpaan menampakkan kepuasan hati semua ahli keluarga yang hadir.

Sekali lagi bagi pihak AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada invidu yang sudi berkongsi ilmu, Sdra Mohd Sidek, Tn Hj Khairul Anwar, Pn Romina, Sdra. Zulkfli dan Dr Nazeli semoga ibadat kalian memperoleh ganjaran kebaikan dari Allah SWT.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.






Sekian, yang baik dari Nya, yang kurang datang dari saya sendiri.

Tuesday, September 20, 2016

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi, wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallim.

Perjumpaan keluarga al-Jambuli kali ke 24 selamat diadakan dengan jayanya, dan buat pertama kalinya diadakan diluar dari Kelantan iaitu di Kg Lak Lok, Jerteh, Trengganu. Setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan tuan rumah Yusnita & Azmi serta seluruh keluarga Ayah Soh yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan perjumpaan kali ini berjalan lancar.

Acara dimulakan dengan takbir hari raya, tahlil dan tazkirah oleh Yushraf b Yusof dan disusuli oleh ucapan selamat datang dari Yusnita & Azmi untuk semua ahli keluarga yang hadir.



Kehadiran yang telah berdaftar adalah seramai 128 orang (dewasa + kanak2), yang hadir bukan sahaja dari Kelantan dan Trengganu malah dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dari Kuala Lumpur. Perjumpaan kali ini juga bertambah meriah dan ceria dengan kehadiran ahli keluarga dari Melor yang pertama kali hadir, 2 anak Nik Embong, Hasmah dan Zalina bersama anak-anak serta Hasni anak Hasmah dari Cheras bersama dengan keluarga besar al-Jambuli. InsyaAllah mereka akan terus hadir di perjumpaan seterusnya.


Seterusnya, ucapan pembukaan oleh Presiden Hj Ahmad Izani, menyanjung tinggi usaha pasangan tuan rumah Yusnita & Azmi dalam menyediakan tempat perjumpaan yang selesa dan menyediakan juadah yang enak.


Disebabkan masa yang agak terhad, acara diteruskan dengan 'games' untuk kanak-kanak dan dewasa disusuli dengan cabutan bertuah. Pertandingan mencipta logo keluarga al-Jambuli memeriahkan perjumpaan kali ini dengan menyaksikan Yuzisham muncul sebagai pemenang dengan logo ciptaan dari Khat Khufi. Tahniah!

Majlis ditangguhkan untuk makan tengahari dan kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat agung keluarga al-Jambuli.

Beberapa perkara dicadang dan akan dibincang seterusnya selepas ini :

1. Perjumpaan kali ke 25 sempena Jubli Perak dicadangkan diadakan di dewan - keselesaan kepada ahli keluarga - ahli keluarga diminta mendapatkan info mengenai kos sewa dewan dan perkara yang berkaitan. 
2. Tempat perjumpaan kali ke 25 - masih belum diputuskan - bergantung kepada kos sewa dewan.
3. AJK Khas perlu dibentuk dari golongan pelapis untuk merancang perjumpaan kali ke 25 : nama-nama yang dicadangkan - Rosfandi, Syahrin, Nur Ilman, Yushraf, Azmy Awang dan Mohd Rezal. Juga dialu-alukan mana-mana ahli yang secara sukarela ingin menjadi AJK Khas.
4. Penyediaan makanan secara POTLUCK akan diteruskan.
5. Warna seragam mengikut generasi / perlu ada tanda membezakan antara satu generasi dengan generasi.
6. Cadangan masa diubah dari sebelah pagi kepada petang.
7. Penyediaan hadiah juga akan diteruskan seperti tradisi, setiap keluarga membawa hadiah masing-masing.
8. Cabutan Bertuah - hanya 2 nombor di sediakan untuk setiap ketua keluarga.
9. Cadangan diadakan persembahan - terbuka.
10. Cadangan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
11. Cadangan diadakan HADIAH MISTERI.
12. Momento sempena Jubli Perak - sticker kereta / door gift.

Perjumpaan keluarga ditangguhkan lebih kurang jam 2.45 petang.

InsyaAllah berjumpa lagi pada tahun hadapan.         


Sunday, September 4, 2016

 


 

2 poster diatas adalah rekacipta initiatif dari Yurhamy Yusof, terima kasih.  

Friday, January 29, 2016


Jupo lagi kito, Awe Jambul doakan semoga semo anok beranok al Jambuli sihat walafiat.
Supo hok Awe Jambul janji, hari ni Awe Jambul nok cerito satu cerito hok kito boleh kato ‘hari ini dale sejarah’ untuk keluarga al Jambuli. Awe Jambul boleh cerito ni dan nok kongsi dengan semo anok beranok.

Gambar di bawoh tu menceritakan segalonyo…………anok arwah Nik Embong, Hasmah dan Zalina ziarah Ayah Soh di Kg Anok Keranji apabilo dapat tahu ado waris hok duduk di Kg Anok Keranji. Awe Jambul di ceritokan pada mulonyo hanyo gi jale di rumoh warisnyo di Kg Kochang.


Alik kiri sekali, Hasni b Md Nasir (anok Hasmah bt Nik Dir), Hasmah bt Nik Dir (anok ke3 Nik Embong), di tengoh tu Mak Cik Mah (isteri Ayah Soh), Zalina bt Nik Dir (anok ke6 Nik Embong) & kanan sekali rasonyo Mansor, suami Zalina. Duk depae sekali baju meroh tu lah Ayah Soh. 2 ore budok to rasonyo anok Hasni.

Gambar di bawoh pulok adalah kunjungan Zalina dan Mansor kerumoh Yusnita dan Azmy di Padang Luas, Jerteh. Yusnita adolah anak Ayah Soh yg ke3. Anok sepupu ziarah rumoh Mok sepupu. Katonyo Mok sepupu tok puas bual dengae anok sepupu, nampoknyo kena wat ziarah balas la ke Melor tu.


Sapo dio Nik Embong? Mari kito bertitih…………


Kalu tengok daripado salsilah alik atas tu, maknonyo Nik Embong hok bernikoh dengan Ismail Kassim adalah anok pado Che Minah dengan Nik Dir. Hasmah dan Zalina dale gambar atas tu adalah anok pado Nik Embong. Dan Hasni pulok adalah anok kepada Hasmah hok duduk di Bt 9 Cheras, Kuala Lumpur. Awe Jambul dapat tahu bahawa Abe Wae anok pado Isa @ Muhd Isa sudoh pun gi ke rumah Hasni dan kebetulan pulok Pn Hasmah (ibu pado Hasni) jugok ado di rumoh Hasni. Mako Abe Wae pun dapatlah maklumat salsilah dari Pn Hasmah hok selamo ini di catit sebagai tiada maklumat.
Hasmah anok ke3 pado Nik Embong kini menetap di Melor, Zalina jugok kini menetap di Melor. Yusuf anok Nik Embong hok sulung kini menetap di Bt 9 Cheras dekat dengan Hasni sementara Zawiyah diceritokan berada di Melaka. Ahmad atau Pak Tam menetap di Port Dickson, Siti Aminah di Sepang dan Kamarulzaman hok bongsu menetap di Kota Damansara.


Abe Wae bercerito ko Awe Jambul, dio jugok ziarah Kamarulzaman di Kota Damansara yang bernikoh dengae Ain dan ado 4 ore anok. Dijamu dengae nasi mace-mace lauk, macaroni pun ado, kenye perut Abe Wae dengae anok bini , rezeki……….. Terima kasih ko Kamarulzaman. Kato Abe Wae lagi, insyaAllah dio akae terus jejak anok-anok Nik Embong hok lain selain dari jupo mato kukuh silaturrahim dio jugok akae cubo lengkapkan salasilah keluarga al Jambuli.

Pujian dan jutaan terima kasih Awe Jambul nok ucapkan kepada Hasmah dan Zalina hok mulakan jejak kasih dengan berziarah ke rumoh Ayah Soh.

Sebagai penutup, Awe Jambul harap perjumpaan keluarga tahun ni akan lebih meriah dengae kehadiran keluarga dari salsilah Nik Embong.


Sekian dulu, jumpo lagi dilain maso, insyaAllah. Wassalam.

ps: Awe Jambul akae kemaskini salasilah terbaru sikit hari lagi, insyaAllah.

Wednesday, January 27, 2016

 
Assalamualaikum anok beranok al Jambuli belako. 

Awe Jambul timbul semula selepas lamo tok tubik di alam maya ni. Mulo2 Awe Jambul nok mintok
maaf belako sebab lamo tegelae dan tidak kemaskini blog kito, maklum sajolah komitmen kerijo Awe
Jambul koho mencabar menyebabkan maso agok terhad.

Walaubagaimanapun alhamduliLlah hari ni Awe Jambul boleh sikit maso ngadap blog kito. Ado sikit 
berito hok Awe Jambul nok kongsi dengae semo anok beranok, berito hok jadi tahun lepas 2015 dan
jugok berito tahun ni 2016.

Pertama sekali berkenaan dengan Perjumpaan Tahunan Keluarga al Jambuli.

AlhamduliLlah, anok beranok al Jambuli berjaya berkumpul dalae perjumpaan tahunan buat kali ke 23.
Perjumpaan tersebut berjaya di adakan di rumah Puan Ramlah, di Kg Kota, Kota Bharu pada 25hb 
September 2015 bersamaan dengae 11 Zulhijjah 1436.

Sapo dio Puan Ramlah? Acu cubo try tengok titih di bawoh tu…..

Cik Nuh (Tuk Che' Nuh)
      V
Hj Uthman (Tuk Jambul) X Mek Senik (Mek Lebar) & Hjh Selamah
      V
Che Mat/Muhammad X Che Mas & Wan Esah & Tengku
      V
Hjh Che Mah X Ahmad Hj Yusuf
      V
Ramlah X Mustapha Yusof
















Puan Ramlah bertudung hitam dengan anak2 dan anak2 menantu.

Maknonyo Puan Ramlah ni anak pado Hjh Che Mah (Wakaf Bharu), cucu pado Che Mat dan cicit 
pado Tuk Jambul. Kironyo Puan Ramlah ni anok sepupu Awe Jambul.

Sambung semula cerito hari kito berkumpul, seawal pagi Jumaat tu anok beranok mula berkumpul 
dibawah khemah di depae rumoh Puan Ramlah. Ketibaan anok beranok agok lewat tidok supo yang 
dirancangkan, memae pun kito merancang tapi Tuhan menentukan.

AlhamduliLlah akhirnyo penuh jugok bawah khemah tu dengae anok beranok al Jambuli. Hok Tanah 
Merah ado, waris Machang ado, Pasir Mas Tal 7 pun ado, hok sejauh Kuantan & Kulim Kedah pun 
ado, hok sedekat Kota Bharu pun hadir, Awe Jambul pun ado jugok!

Presiden berucap pembuka acara, ceramoh kesihatan dari Dr Nazli (Kak Yie) dan tazkirah oleh 'ustaz'
Yusni mari jauh dari Kulim, Kedah. Hadiah cabutan bertuah bertimbun supo sekalo, masing-masing 
anok beranok al Jambuli bawa. Maso agak terhad, selepas jamu selera pakat balik nok hambat semaye 
Jumaat.

Sekali lagi, tak saloh kito panjatkan jutaan terima kasih kepada Puan Ramlah hok sudi jadi tuan rumah 
dan samo2 kito pakat doakan semugo seluruh ahli keluarga Puan Ramlah berada dalam keadaan sihat 
walafiat.

Tok cekat doh weh….. Awe Jambul sambung esok pulok deh, insyaAllah. Bukae tahun depae, esok 
deh. Tunggu berito bersejarah Awe Jambul nok cerito esok.

Awe Jambul tutup dulu setakat ni. Wassalam.





   

Saturday, September 21, 2013

PENGUMUMAN




Mesyuarat AJK Himpunan Keluarga al Jambuli hari ini 20hb Sept 2013 menetapkan bahawa :

1. Perjumpaan Kali Ke 21 akan diadakan seperti berikut :
Tuan Rumah : Dr Nazli & Dr Ezanee sekeluarga
Tempat : Bayu Melawi Chalet, Kg Sg 2, Pantai Melawi, Bachok.
Tarikh : Hari Raya Qurban Ke 2 (Rabu), 16hb Oktober 2013/11 Zulhijjah 1434H

Info mengenai chalet : 
- chalet tersbut diatas adalah kepunyaan Dr Nazli & Dr Ezanee (tuanrumah)
- tuan rumah dengan berbesar hati menawarkan harga istimewa iaitu RM 50 / malam
(selepas diskaun) kepada ahli keluarga al Jambuli yang ingin bermalam pada 15hb Oktober @ 16hb
Oktober bolehlah membuat tempahan dari sekarang dengan menghubungi Sdra Muhamed Rezal
Ezanee (anak Dr Nazli) di 012=9147766. 
- untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan chalet tersebut sila kunjungi
www.bayumelawi.blogspot.com

2. Aturcara Himpunan kali ini terpaksa diubahsuai (dari segi masa) sehubungan dengan tempat yang
agak sedikit jauh. Berikut adalah aturcara yang telah ditetapkan :
11.00 pagi - 12.00 pagi :    Ketibaan ahli keluarga & Pendaftaran
12.00 pagi - 12.05 pagi :    Ucapan Pembukaan (mc) & Ucapan Selamat Datang (tuan rumah)  
12.05 pagi - 12.10 pagi :    Ucapan Perasmian (presiden)
12.10 pagi - 12.30 tghari : Tahlil (sdra Yusraf)
12.30 pagi - 2.30 ptg :        Makan Tengahari & Sembahyang Zuhor berjemaah.
2.30 ptg - 3.00 ptg :            Acara Suaikenal Keluarga
3.00 ptg - 3.05 ptg :            Cabutan Bertuah - 1
3.05 ptg - 3.10 ptg :            Tazkirah 1 - Ustaz W. Mutalib
3.10 ptg - 3.15 ptg :            Cabutan Bertauh - 2
3.15 ptg - 3.30 ptg :            Ceramah Motivasi
3.30 ptg - 3.35 ptg :            Cabutan Bertuah - 3
3.35 ptg - 3.40 ptg :            Tazkirah 2 - Ustaz Nizam
3.40 ptg - 3.45 ptg :            Cabutan Bertuah - 4
3.45 ptg - 3.50 ptg :            Ceramah Kesihatan - Dr Nazli
3.50 ptg - 3.55 ptg :            Cabutan Bertuah - 5
3.55 ptg - 4.00 ptg :            Ceramah Motivasi
4.00 ptg - 4.10 ptg :            Mesyuarat Tahunan 
4.10 ptg - 5.00 ptg :            Indoor / Outdoor Games
5.00 ptg - 6.00 ptg :            Bergambar/Jamuan Makan Petang/Solat Asar & Bersurai.

3. Lauk Makanan Tengahari - mana-mana ahli keluarga yang ingin menyumbang daging qurban sila
hantar ke ruamah Dr Nazli selewat-lewatnya pukul 5.00 ptg, 15hb Oktober (Selasa).

4. Hadiah Cabutan Bertauah / Games - seperti tahun lepas semua ahli keluarga adalah digalakkan
membawa hadiah masing-masing dan dikumpulkan untuk tujuan cabutan bertuah & lain-lain.

 
5. Makan Petang - ahli keluarga juga digalakkan membawa sedikit juadah petang untuk dikongsi
bersama.

                                                                                                                                                                                 
6. AJK Pendaftaran - mesyuarat bersetuju proses pendaftaran di urus selia oleh keluarga di Anak
Keranji.

7. Jemputan - diminta semua ahli keluarga turut sama ingat mengingatkan antara satu sama lain
mengenai Himpunan ini dan menjemput ahli keluarga yang tidak tahu mengenainya, dalam pada
masa yang sama pengumuman juga akan di buat melalui
 
www.aljambuli.blogspot.com , facebook keluarga aljambuli , Whatsapp keluarga aljambuli , SMS
dan panggilan talipon.

Sekian, harap maklum.

Wassalam.




Monday, October 29, 2012

HIMPUNAN KELUARGA ALJAMBULI KALI KE 20

AlhamduliLlah, perhimpunan keluarga al Jambuli kali ke 20 di Pgkl Meleret, Machang telah berjaya diadakan dengan mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.

1. Kehadiran ahli keluarga hampir 200 orang
2. Sambutan yang menggalakkan walaupun kali pertama diadakan di Machang
3. Teamwork keluarga Kak Che (Hjh Che Zaharah) terserlah dengan pengurusan yang cemerlang serta memperkenalkan 'jersey' pihak tuan rumah
4. Jumlah kutipan derma tabung al Jambuli tercatat sebagai yang tertinggi iaitu hampir RM600.
5. Idea baru yg dicetuskan oleh keluarga Kak Che iaitu masing2 keluarga membawa hadiah untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah membuahkan hasil.

Walaubagaimanapun apa yang perlu diperbaiki di masa depan ialah mengenai ketepatan masa - kehadiran ahli keluarga yang agak lewat mengakibatkan acara majlis sedikit tergendala sehingga pengerusi majlis terpaksa membatalkan acara sukaneka - acara yang ditunggu-tunggu oleh anak2.

Admin ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga Kak Che Zaharah. Terutama sekali kepada Hjh Norjan yang mengetuai pasukannya mengendalikan majlis dengan jayanya. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH buat :

1. Hjh Norjan & Hj Zahri
2. Ahmed Badlishah & isteri
3. Ahmed Zulyadaini & Farizun
4. Ahmed Saifuzzaman & Zurnainin
5. Norashikin & Ustaz Shahrinizam
6. Ahmed Nablan Shah & Isteri



Semoga usaha anda sekalian dalam memenuhi tuntutan Allah SWT mendapat ganjaran yang setimpal olehNya. Amin.