Pages

Tuesday, September 20, 2016

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi, wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallim.

Perjumpaan keluarga al-Jambuli kali ke 24 selamat diadakan dengan jayanya, dan buat pertama kalinya diadakan diluar dari Kelantan iaitu di Kg Lak Lok, Jerteh, Trengganu. Setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan tuan rumah Yusnita & Azmi serta seluruh keluarga Ayah Soh yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan perjumpaan kali ini berjalan lancar.

Acara dimulakan dengan takbir hari raya, tahlil dan tazkirah oleh Yushraf b Yusof dan disusuli oleh ucapan selamat datang dari Yusnita & Azmi untuk semua ahli keluarga yang hadir.



Kehadiran yang telah berdaftar adalah seramai 128 orang (dewasa + kanak2), yang hadir bukan sahaja dari Kelantan dan Trengganu malah dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dari Kuala Lumpur. Perjumpaan kali ini juga bertambah meriah dan ceria dengan kehadiran ahli keluarga dari Melor yang pertama kali hadir, 2 anak Nik Embong, Hasmah dan Zalina bersama anak-anak serta Hasni anak Hasmah dari Cheras bersama dengan keluarga besar al-Jambuli. InsyaAllah mereka akan terus hadir di perjumpaan seterusnya.


Seterusnya, ucapan pembukaan oleh Presiden Hj Ahmad Izani, menyanjung tinggi usaha pasangan tuan rumah Yusnita & Azmi dalam menyediakan tempat perjumpaan yang selesa dan menyediakan juadah yang enak.


Disebabkan masa yang agak terhad, acara diteruskan dengan 'games' untuk kanak-kanak dan dewasa disusuli dengan cabutan bertuah. Pertandingan mencipta logo keluarga al-Jambuli memeriahkan perjumpaan kali ini dengan menyaksikan Yuzisham muncul sebagai pemenang dengan logo ciptaan dari Khat Khufi. Tahniah!

Majlis ditangguhkan untuk makan tengahari dan kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat agung keluarga al-Jambuli.

Beberapa perkara dicadang dan akan dibincang seterusnya selepas ini :

1. Perjumpaan kali ke 25 sempena Jubli Perak dicadangkan diadakan di dewan - keselesaan kepada ahli keluarga - ahli keluarga diminta mendapatkan info mengenai kos sewa dewan dan perkara yang berkaitan. 
2. Tempat perjumpaan kali ke 25 - masih belum diputuskan - bergantung kepada kos sewa dewan.
3. AJK Khas perlu dibentuk dari golongan pelapis untuk merancang perjumpaan kali ke 25 : nama-nama yang dicadangkan - Rosfandi, Syahrin, Nur Ilman, Yushraf, Azmy Awang dan Mohd Rezal. Juga dialu-alukan mana-mana ahli yang secara sukarela ingin menjadi AJK Khas.
4. Penyediaan makanan secara POTLUCK akan diteruskan.
5. Warna seragam mengikut generasi / perlu ada tanda membezakan antara satu generasi dengan generasi.
6. Cadangan masa diubah dari sebelah pagi kepada petang.
7. Penyediaan hadiah juga akan diteruskan seperti tradisi, setiap keluarga membawa hadiah masing-masing.
8. Cabutan Bertuah - hanya 2 nombor di sediakan untuk setiap ketua keluarga.
9. Cadangan diadakan persembahan - terbuka.
10. Cadangan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
11. Cadangan diadakan HADIAH MISTERI.
12. Momento sempena Jubli Perak - sticker kereta / door gift.

Perjumpaan keluarga ditangguhkan lebih kurang jam 2.45 petang.

InsyaAllah berjumpa lagi pada tahun hadapan.