Pages

Tuesday, September 25, 2012

PENGUMUMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat pra perhimpunan keluarga al-Jambuli telah diadakan pada 22/9/12 Sabtu jam 9.00 mlm di Kg Jias, Pasir Mas dan berikut adalah ketetapan yang telah dipersetujui bersama.

1. Perhimpunan Kali ke 20 akan diadakan di rumah Hjh Che Zaharah (rumah arwah Tok Gawa Hj Ab Muin) di Kg Pangkal Meleret. (lihat pelan lokasi dibawah)
2. Perhimpunan Kali ke 20 ini akan diadakan pada Hari Raya Haji ke 2 iaitu pada 27/10/12 hari Sabtu bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1433.
3. Tema Perhimpunan - untuk memeriahkan lagi suasana perhimpunan kali ini warna cokelat atau kuning telah dipilih sebagai tema perhimpunan. Adalah digalakkan seluruh ahli keluarga al-Jambuli mengenakan pakaian atau aksesori berwarna cokelat atau kuning.
4. Makanan - tuanrumah akan menyediakan makanan ringan pagi dan makanan utama tengahari walaubagaimanapun ahli keluarga juga digalakkan membawa makanan/lauk-pauk yang sudah dimasak ke lokasi perhimpunan.
5. Hadiah Cabutan Bertuah - setiap keluarga (yg telah berkahwin) adalah digalakkan (tiada paksaan) membawa hadiah untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah.
6. Aturcara Perhimpunan - akan di sertakan kemudian.


Akhir kalam, ajk perhimpunan amat berharap agar seluruh keluarga memainkan peranan turut sama menghebahkan kepada ahli keluarga lain supaya hadir dengan menggunakan SMS, facebook, tweeter, blog dan lain-lain. Semoga perhimpunan kali ke 20 ini tercatit sebagai perhimpunan terbesar pernah diadakan, insyaAllah.

Sekian, wassalam.