Assalamualaikum anok beranok al Jambuli belako.
Awe Jambul
timbul semula selepas lamo tok tubik di alam maya ni. Mulo2 Awe Jambul nok mintok
maaf belako sebab lamo tegelae
dan tidak kemaskini blog kito, maklum sajolah komitmen kerijo Awe
Jambul koho mencabar menyebabkan maso
agok terhad.
Walaubagaimanapun alhamduliLlah hari ni Awe Jambul boleh
sikit maso ngadap blog kito. Ado sikit
berito hok Awe Jambul nok kongsi dengae semo anok
beranok, berito hok jadi tahun lepas 2015 dan
jugok berito tahun ni 2016.
Pertama sekali berkenaan dengan Perjumpaan Tahunan Keluarga
al Jambuli.
AlhamduliLlah, anok beranok al Jambuli berjaya berkumpul
dalae perjumpaan tahunan buat kali ke 23.
Perjumpaan tersebut berjaya di adakan di rumah Puan Ramlah,
di Kg Kota, Kota Bharu pada 25hb
September 2015 bersamaan dengae 11 Zulhijjah 1436.
Sapo dio Puan Ramlah? Acu cubo try tengok titih di bawoh
tu…..
Cik Nuh (Tuk Che' Nuh)
V
Hj Uthman (Tuk Jambul) X Mek Senik (Mek Lebar) & Hjh
Selamah
V
Che Mat/Muhammad X Che Mas & Wan Esah & Tengku
V
Hjh Che Mah X Ahmad Hj Yusuf
V
Ramlah X Mustapha Yusof
Puan Ramlah bertudung hitam dengan anak2 dan anak2 menantu.
Maknonyo Puan Ramlah ni anak pado Hjh Che Mah (Wakaf Bharu),
cucu pado Che Mat dan cicit
pado Tuk Jambul. Kironyo Puan Ramlah ni anok sepupu Awe Jambul.
Sambung semula cerito hari kito berkumpul, seawal pagi
Jumaat tu anok beranok mula berkumpul
dibawah khemah di depae rumoh Puan Ramlah. Ketibaan anok beranok agok lewat
tidok supo yang
dirancangkan, memae pun kito merancang tapi Tuhan menentukan.
AlhamduliLlah akhirnyo penuh jugok bawah khemah tu dengae
anok beranok al Jambuli. Hok Tanah
Merah ado, waris Machang ado, Pasir Mas Tal 7 pun
ado, hok sejauh Kuantan & Kulim Kedah pun
ado, hok sedekat Kota Bharu pun
hadir, Awe Jambul pun ado jugok!
Presiden berucap pembuka acara, ceramoh kesihatan dari Dr
Nazli (Kak Yie) dan tazkirah oleh 'ustaz'
Yusni mari jauh dari Kulim, Kedah. Hadiah cabutan bertuah bertimbun supo sekalo, masing-masing
anok beranok al Jambuli bawa. Maso agak terhad, selepas jamu selera pakat balik nok hambat
semaye
Jumaat.
Sekali lagi, tak saloh kito panjatkan jutaan terima kasih
kepada Puan Ramlah hok sudi jadi tuan rumah
dan samo2 kito pakat doakan semugo seluruh ahli keluarga Puan Ramlah berada dalam
keadaan sihat
walafiat.
Tok cekat doh weh….. Awe Jambul sambung esok pulok deh,
insyaAllah. Bukae tahun depae, esok
deh. Tunggu berito bersejarah Awe Jambul nok cerito esok.
Awe Jambul tutup dulu setakat ni. Wassalam.
|