Pages

Monday, October 29, 2012

HIMPUNAN KELUARGA ALJAMBULI KALI KE 20

AlhamduliLlah, perhimpunan keluarga al Jambuli kali ke 20 di Pgkl Meleret, Machang telah berjaya diadakan dengan mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.

1. Kehadiran ahli keluarga hampir 200 orang
2. Sambutan yang menggalakkan walaupun kali pertama diadakan di Machang
3. Teamwork keluarga Kak Che (Hjh Che Zaharah) terserlah dengan pengurusan yang cemerlang serta memperkenalkan 'jersey' pihak tuan rumah
4. Jumlah kutipan derma tabung al Jambuli tercatat sebagai yang tertinggi iaitu hampir RM600.
5. Idea baru yg dicetuskan oleh keluarga Kak Che iaitu masing2 keluarga membawa hadiah untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah membuahkan hasil.

Walaubagaimanapun apa yang perlu diperbaiki di masa depan ialah mengenai ketepatan masa - kehadiran ahli keluarga yang agak lewat mengakibatkan acara majlis sedikit tergendala sehingga pengerusi majlis terpaksa membatalkan acara sukaneka - acara yang ditunggu-tunggu oleh anak2.

Admin ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga Kak Che Zaharah. Terutama sekali kepada Hjh Norjan yang mengetuai pasukannya mengendalikan majlis dengan jayanya. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH buat :

1. Hjh Norjan & Hj Zahri
2. Ahmed Badlishah & isteri
3. Ahmed Zulyadaini & Farizun
4. Ahmed Saifuzzaman & Zurnainin
5. Norashikin & Ustaz Shahrinizam
6. Ahmed Nablan Shah & Isteri



Semoga usaha anda sekalian dalam memenuhi tuntutan Allah SWT mendapat ganjaran yang setimpal olehNya. Amin.

 

Wednesday, October 17, 2012

ATURCARA PERJUMPAAN KALI KE 20 (27/10/2012) SABTU

Berikut adalah aturcara majlis untuk perjumpaan kali ke 20 yang bakal di adakan di Kg Pangkal Meleret, Machang pada 27/10/2012 Sabtu, insyaAllah.

9.00 - 9.30 pagi : Ketibaan & Pendaftaran Ahli Keluarga al-Jambuli (makan pagi disediakan)
9.30 - 9.35 pagi : Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis
9.35 - 10.00 pagi : Tahlil & Bacaan Doa
10.00 - 10.10 pagi : Ucapan Selamat Datang oleh Tuan Rumah
10.10 - 10.30 pagi : Ucapan Perasmian oleh Presiden
10.30 - 10.40 pagi : Tazkirah 1 - Ustaz Nizam
10.40 - 10.50 pagi : Ceramah Kesihatan - Dr Nazli
10.50 - 11.00 pagi : Cabutan Bertuah 1
11.00 - 11.10 pagi : Tazkirah 2 - Ustaz W. Mutalib
11.10 - 11.20 pagi : Ceramah Kerjaya - Tn Haji Zahari Mamat
11.20 - 11.30 pagi : Cabutan Bertuah 2
11.30 - 11.45 pagi : Penerangan Salasilah
11.45 - 12.30 pagi : Sukaneka & Penyampaian Hadiah
12.30 - 12.45 pagi : Mesyuarat Agung Keluarga al-Jambuli
12.45 - 12.55 pagi : Ucapan Penutup oleh Presiden
12.55 - 1.00 tghari : Bacaan Doa.

Besar harapan bagi pihak tuan rumah agar seluruh ahli keluarga al-Jambuli dapat hadir ke lokasi mengikut waktu yang telah ditetapkan supaya majlis kali ini berjalan lancar.

Sekian, harap maklum.

Wassalam.

Tuesday, September 25, 2012

PENGUMUMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat pra perhimpunan keluarga al-Jambuli telah diadakan pada 22/9/12 Sabtu jam 9.00 mlm di Kg Jias, Pasir Mas dan berikut adalah ketetapan yang telah dipersetujui bersama.

1. Perhimpunan Kali ke 20 akan diadakan di rumah Hjh Che Zaharah (rumah arwah Tok Gawa Hj Ab Muin) di Kg Pangkal Meleret. (lihat pelan lokasi dibawah)
2. Perhimpunan Kali ke 20 ini akan diadakan pada Hari Raya Haji ke 2 iaitu pada 27/10/12 hari Sabtu bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1433.
3. Tema Perhimpunan - untuk memeriahkan lagi suasana perhimpunan kali ini warna cokelat atau kuning telah dipilih sebagai tema perhimpunan. Adalah digalakkan seluruh ahli keluarga al-Jambuli mengenakan pakaian atau aksesori berwarna cokelat atau kuning.
4. Makanan - tuanrumah akan menyediakan makanan ringan pagi dan makanan utama tengahari walaubagaimanapun ahli keluarga juga digalakkan membawa makanan/lauk-pauk yang sudah dimasak ke lokasi perhimpunan.
5. Hadiah Cabutan Bertuah - setiap keluarga (yg telah berkahwin) adalah digalakkan (tiada paksaan) membawa hadiah untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah.
6. Aturcara Perhimpunan - akan di sertakan kemudian.


Akhir kalam, ajk perhimpunan amat berharap agar seluruh keluarga memainkan peranan turut sama menghebahkan kepada ahli keluarga lain supaya hadir dengan menggunakan SMS, facebook, tweeter, blog dan lain-lain. Semoga perhimpunan kali ke 20 ini tercatit sebagai perhimpunan terbesar pernah diadakan, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Friday, September 21, 2012

ASSALAMUALAIKUM

Terlebih dahulu admin memohon kemaafan kerana terlalu lama blog ini tidak dikemaskini. Ini disebabkan oleh admin mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun admin berharap semoga semua pengunjung baik dari kalangan ahli keluarga al jambuli sendiri ataupun bukan terus melawat blog ini.

2. Admin juga ingin memohon maaf terhadap ketiadaan photo slide di blog perjumpaan & album al-jambuli. Ini disebabkan portal yang menguruskan photo slide sudah pun di tutup. Admin berasa amat dukacita kerana tidak sempat memuat turun semula semua photo dari portal tersebut. Tambahan pula hard disk yang menyimpan semua koleksi photo mengalami kerosakan. Di harapkan sekiranya ada di kalangan ahli keluarga al-jambuli yang menyimpan koleksi tersebut atau koleksi photo-photo lain dapat menghantarnya melalui email - awejambul@gmail.com

Kerjasama seluruh ahli keluarga al-jambuli amat dihargai.

Wasssalam.