Pages

Monday, October 29, 2012

HIMPUNAN KELUARGA ALJAMBULI KALI KE 20

AlhamduliLlah, perhimpunan keluarga al Jambuli kali ke 20 di Pgkl Meleret, Machang telah berjaya diadakan dengan mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.

1. Kehadiran ahli keluarga hampir 200 orang
2. Sambutan yang menggalakkan walaupun kali pertama diadakan di Machang
3. Teamwork keluarga Kak Che (Hjh Che Zaharah) terserlah dengan pengurusan yang cemerlang serta memperkenalkan 'jersey' pihak tuan rumah
4. Jumlah kutipan derma tabung al Jambuli tercatat sebagai yang tertinggi iaitu hampir RM600.
5. Idea baru yg dicetuskan oleh keluarga Kak Che iaitu masing2 keluarga membawa hadiah untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah membuahkan hasil.

Walaubagaimanapun apa yang perlu diperbaiki di masa depan ialah mengenai ketepatan masa - kehadiran ahli keluarga yang agak lewat mengakibatkan acara majlis sedikit tergendala sehingga pengerusi majlis terpaksa membatalkan acara sukaneka - acara yang ditunggu-tunggu oleh anak2.

Admin ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga Kak Che Zaharah. Terutama sekali kepada Hjh Norjan yang mengetuai pasukannya mengendalikan majlis dengan jayanya. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH buat :

1. Hjh Norjan & Hj Zahri
2. Ahmed Badlishah & isteri
3. Ahmed Zulyadaini & Farizun
4. Ahmed Saifuzzaman & Zurnainin
5. Norashikin & Ustaz Shahrinizam
6. Ahmed Nablan Shah & Isteri



Semoga usaha anda sekalian dalam memenuhi tuntutan Allah SWT mendapat ganjaran yang setimpal olehNya. Amin.

 

Wednesday, October 17, 2012

ATURCARA PERJUMPAAN KALI KE 20 (27/10/2012) SABTU

Berikut adalah aturcara majlis untuk perjumpaan kali ke 20 yang bakal di adakan di Kg Pangkal Meleret, Machang pada 27/10/2012 Sabtu, insyaAllah.

9.00 - 9.30 pagi : Ketibaan & Pendaftaran Ahli Keluarga al-Jambuli (makan pagi disediakan)
9.30 - 9.35 pagi : Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis
9.35 - 10.00 pagi : Tahlil & Bacaan Doa
10.00 - 10.10 pagi : Ucapan Selamat Datang oleh Tuan Rumah
10.10 - 10.30 pagi : Ucapan Perasmian oleh Presiden
10.30 - 10.40 pagi : Tazkirah 1 - Ustaz Nizam
10.40 - 10.50 pagi : Ceramah Kesihatan - Dr Nazli
10.50 - 11.00 pagi : Cabutan Bertuah 1
11.00 - 11.10 pagi : Tazkirah 2 - Ustaz W. Mutalib
11.10 - 11.20 pagi : Ceramah Kerjaya - Tn Haji Zahari Mamat
11.20 - 11.30 pagi : Cabutan Bertuah 2
11.30 - 11.45 pagi : Penerangan Salasilah
11.45 - 12.30 pagi : Sukaneka & Penyampaian Hadiah
12.30 - 12.45 pagi : Mesyuarat Agung Keluarga al-Jambuli
12.45 - 12.55 pagi : Ucapan Penutup oleh Presiden
12.55 - 1.00 tghari : Bacaan Doa.

Besar harapan bagi pihak tuan rumah agar seluruh ahli keluarga al-Jambuli dapat hadir ke lokasi mengikut waktu yang telah ditetapkan supaya majlis kali ini berjalan lancar.

Sekian, harap maklum.

Wassalam.