Pages

Sunday, September 3, 2017

Perjumpaan Keluarga Al Jambuli Kali Ke 25 (Jubli Perak)


 Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi, wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallim.

AlhamduliLlah, Perjumpaan Keluarga al Jambuli berjaya di adakan dengan kehadiran ahli keluarga al Jambuli bukan sahaja dari Pasir Mas, malah ada juga dari Lenggong, Perak.
Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis yang juga Setiausaha Himpunan Keluarga al Jambuli, Sdra Wan Izwan Shah. 



Seterusnya Sdra. Md Sidek (anak Che Mah) mengetuai bacaan tahlil dan doa yang di aminkan oleh keluarga al Jambuli yang hadir.



Acara diteruskan dengan ceramah motivasi oleh pakar motivasi kita, Tn Hj Khairul Anwar (anak Hj Khairuddin). Diselang selikan dengan jenaka Tn Hj Khairul Anwar memberikan resepi untuk cemerlang bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan serta tips untuk ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Khairul Anwar di atas ceramah motivasi beliau yang cukup bermunafaat semoga Tn Hj Khairul Anwar akan terus berkongsi ceramah beliau pada masa yang akan datang.



Pn Romina (isteri kpd Sdra Huzailing - anak Pak Cik Hussin) seterusnya sudi berkongsi maklumat berkenaan dengan Kolej Vokasional - kelayakan kemasukan, kursus-kursus yang ditawarkan serta cara-cara kemasukan. Jutaan terima kasih atas perkongsiaan info yang berguna terutama sekali kepada yang pelajar-pelajar yang bakal menduduki PT3.
(maaf - tiada photo untuk dipaparkan) 

Bagi meraikan anak-anak keluarga al Jambuli yang juga pelajar-pelajar, Drs Hazamil (anak cikgu Harun, Tal 7) menaja dan menyampaikan cenderahati kepada semua anak-anak & pelajar-pelajar berupa set lengkap alat tulis. AlhamduliLlah dan jutaan terima kasih kepada Drs Hazamil.



(maaf - tiada gambar diambil semasa penyampaian cenderahati / Drs Hazamil berbaju batik merah berdiri paling kiri)

Majlis diteruskan dengan tazkirah oleh Sdra. Zulkifli suami kepada Yusriati (anak Ayah Soh). Tazkirah beliau yang penuh semangat di amati dengan tekun oleh semua ahli keluarga yang hadir. Semoga isi kandung tazkirah beliau dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita semua. AlhamduliLlah dan jutaan terima kasih buat Sdra Zulkifli semoga Allah SWT memberi ganjaran kebaikan atas usaha dakwah beliau.



Seperti tradisi, giliran ceramah kesihatan pula menampilkan Dr Hjh Nazeli Hamzah (anak Hjh Che Mah) memberi tips penjagaan kesihatan supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga.
(maaf - tiada photo untuk dipaparkan)

Acara diteruskan dengan sessi cabutan bertuah - pelbagai hadiah dibawa oleh setiap ahli keluarga kebanyakan adalah barangan keperluan dapur dari sekecil-kecil 1kg gula hinggalah 10kg beras.
Lebih kurang 40 hadiah dimenangi oleh ahli keluarga al Jambuli yang bertuah.
(maaf - tiada photo untuk dipaparkan)

Kemuncak aturcara adalah mesyuarat agung tahunan keluarga al Jambuli dan berikut adalah keputusan mesyuarat :

1. Perlantikan Presiden baru : Sdra Wan Safuan (anak Hjh Wan Safiah)
2. Perlantikan semula Bendahari : Sdra Huzailing (anak Hj Che Hussin)
3. Perlantikan semula Setiausaha : Sdra Wan Izwan Shah (anak Hj Muhd Isa)

Bendahari mengumumkan jumlah tabung al Jambuli terkumpul RM1,600 tidak termasuk kutipan hari ini. 

Keluarga Pasir Puteh, Kak Ma - Wan Salma (anak Hjh Wan Safiah) secara sukarela mahu menjadi tuanrumah bagi Perjumpaan Keluarga tahun hadapan. InsyaAllah.

Tiada perkara berbangkit / usul yang dibincangkan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tghari kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sebagai penutup, Tn Hj Ismail (anak Hjh Che Som) membaca doa selamat / doa penutup majlis.

Acara bergambar dan majlis jamuan makan tengahari di penghujung perjumpaan menampakkan kepuasan hati semua ahli keluarga yang hadir.

Sekali lagi bagi pihak AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada invidu yang sudi berkongsi ilmu, Sdra Mohd Sidek, Tn Hj Khairul Anwar, Pn Romina, Sdra. Zulkfli dan Dr Nazeli semoga ibadat kalian memperoleh ganjaran kebaikan dari Allah SWT.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.






Sekian, yang baik dari Nya, yang kurang datang dari saya sendiri.